Seorang pelukis yang sedang bergelut pulang ke rumah zaman kanak-kanaknya yang terpencil dan tanpa diduga bertemu semula dengan ayahnya yang sedang nazak—seorang bekas banduan dengan tiga hasrat terakhir.
TONTON TRELER
Seorang pelukis yang sedang bergelut dengan masalah kewangan pulang dengan berat hati ke rumah zaman kanak-kanaknya untuk bertemu kembali dengan ayahnya yang sedang nazak — seorang bekas banduan dengan tiga hajat terakhir.
TONTON TRELER
Tawfiq, seorang pelukis yang sedang bergelut dengan masalah kewangan di Kuala Lumpur, telah menghabiskan seluruh hidupnya menyimpan dendam terhadap ayahnya, Awang, seorang nelayan yang dahulunya mempunyai sikap panas baran. Akibat daripada tindakannya, Awang telah dijatuhkan hukuman penjara selama lebih 20 tahun. Dibesarkan oleh ibunya yang terluka secara emosi, Tawfiq membesar dengan menyalahkan ayahnya atas penderitaan mereka dan segala yang telah hilang.
Kini, Awang telah bebas dari penjara, namun masa mencemburuinya. Menghidap penyakit kronik dan hidup bersendirian di sebuah perkampungan pesisir pantai yang sunyi di Terengganu, hasratnya hanyalah untuk bertemu anaknya sekali lagi. Sementara itu, Tawfiq yang berada di ambang kebankrapan dan kelesuan kreatif, terpaksa pulang ke kampung bukan kerana belas kasihan, tetapi diatas keperluan yang mendesak.
Apabila mereka memulakan perjalanan terakhir mereka, Tawfiq berdepan dengan kepedihan yang lama terpendam, memori yang terkubur, dan beban sejarah silam. Tiga permintaan terakhir Awang mencabar segala yang pernah dipercayai Tawfiq.
Genre : Drama
Bahasa : Melayu
Durasi : 88 minit
Tarikh Tayangan : 2 Oktober 2025
sebagai Awang
sebagai Tawfiq
sebagai Mamat
sebagai Khalijah
sebagai Zainal
sebagai Driver Grab
sebagai Dato' Jeff
sebagai Elise
• GSC Mid Valley
• GSC Melawati Mall
• GSC My Town
• GSC Quill City Mall
• TGV Cheras Selatan
• TGV Wangsa Walk
• TGV AU2 Keramat
• TGV 1 Shamelin
• Dadi Cinema Pavillion
• GSC IOI City Mall
• GSC Setia City Mall
• GSC Summit USJ
• TGV I City
• TGV Bukit Tinggi
• TGV Bukit Raja
• TGV Rawang
• TGV D Pulze
• MM Cineplex Berjaya Times Square
• One Cinemas Spectrum Ampang
Kedah
• GSC Aman Central
• GSC Amanjaya Mall
• Mega Cineplex River Front
Penang
• GSC Sunway Carnival
• TGV Gurney Plaza
• LFS Bukit Jambul
• Mega Cineplex Mega Mall S. Perai
Perak
• GSC Ipoh Parade
• TGV Station 18
• TGV Manjung
• TGV Taiping
• MBO Taiping Sentral
• MM Cineplex Kerian Sentral
Johor
• GSC Paradign JB
• GSC KSL City Mall
• GSC Batu Pahat
• TGV Tebrau
• TGV Bukit Indah
• TGV Toppen
• MM Cineplex 1 Segamat
• Paragon Cinemas Batu Pahat
Melaka
• GSC Dataran Pahlawan
• MM Cineplex Mahkota Parade
• MBO Elements Mall
• MBO Melaka Mall
Negeri Sembilan
• GSC Palm Mall
• TGV Seremban 2
• MM Cineplex Mesa Mall
Pahang
• GSC East Coast Mall
• GSC Mentakab
• AE Cinema Kuantan
Terengganu
• TGV Mesra Mall
• LFS Kuala Terengganu
• Paragon Cinemas KTCC
Sarawak
• GSC Bintang Megamall
• GSC The Spring Kuching
• GSC The Spring Bintulu
• TGV Miri
• Ashtar Galactic Cinema Bintulu
Sabah
• GSC One Borneo
• Growball
“3 Hajat” adalah sebuah eksplorasi peribadi yang mendalam tentang penebusan, perdamaian, dan ikatan kekeluargaan yang tidak dapat diputuskan walaupun rapuh. Di terasnya, ini adalah kisah dua watak anti-hero…Awang, seorang bekas banduan, dan Tawfiq, seorang seniman yang bergelut dengan kehidupannya. Kedua-duanya dihantui masa silam yang kelam sehingga menjadikan pertemuan semula mereka kelihatan mustahil. Hubungan mereka, yang telah lama retak dan didefinisikan oleh kesakitan, berlatarbelakangkan sebuah perkampungan nelayan yang damai di Terengganu, Malaysia, sebuah tempat yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.
Saya ingin membawa penonton masuk ke dalam dunia mereka, untuk merasakan beban penyesalan dan kilauan harapan yang muncul melalui interaksi mereka. Dunia “3 Hajat” bukanlah dunia yang diromantiskan… ianya kasar, pahit, dan menyakitkan dalam realitinya. Namun, dalam realiti inilah terletaknya kemungkinan untuk penyembuhan. Latar tempatnya, dengan pantai yang sunyi dan perahu yang dimamah usia, berfungsi sebagai kontras yang tajam dan saksi bisu terhadap perjalanan penerimaan mereka.
Ini bukan sekadar kisah seorang ayah dan anak; ia adalah kisah sejagat yang akan meresap dalam hati sesiapa sahaja yang pernah bergelut dengan proses perdamaian. Kadangkala, perkara yang paling sederhana… sebuah perahu usang, bola zaman kanak-kanak, atau sekeping gambar lama boleh membuka pintu kenangan yang mengingatkan kita tentang kasih sayang yang terkubur di bawah dendam bertahun-tahun.
Dengan “3 Hajat”, saya ingin mengingatkan penonton bahawa walaupun kita tidak boleh mengubah masa lalu, kita boleh memilih untuk memaafkan. Dengan berbuat demikian, kita menemui kedamaian, bukan hanya untuk mereka yang kita maafkan, tetapi juga untuk diri kita sendiri. Melalui perjalanan Awang dan Tawfiq, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton untuk menghargai ikatan keluarga mereka sebelum masa berlalu, serta menemukan ketenangan dalam keindahan penerimaan dan pemahaman.
NINE
KRU Music Sdn Bhd
ZUL HUZAIMY
KRU Music Sdn Bhd
MOHAR
KRU Music Sdn Bhd
Skor muzik “3 Hajat” menggabungkan alat muzik tradisional Melayu seperti Rebab, Seruling, Serunai, Jidur, dan Gendang Sunda dengan bunyi kontemporari daripada biola, selo, dan gitar akustik. Tekstur perkusi seperti Tribe Seeds dan Tribe Bells turut digunakan untuk menambah lapisan bunyi.
Kebanyakan melodi diilhamkan daripada lagu tema “Ayah Pergi”, lagu sokongan “Senja Terakhir”, serta lagu rakyat tradisional Terengganu “Ulek Mayang”. “Ulek Mayang” merupakan lagu ikonik budaya yang melambangkan warisan Terengganu.
Dengan menggabungkan elemen moden dan tradisional, skor muzik ini bertujuan menyampaikan keaslian yang segar sambil mempromosikan identiti budaya Terengganu kepada khalayak yang lebih luas.
©️ 2025 KRU Studios Sdn Bhd. (199701015796 [431293-H]) Hak Cipta Terpelihara